Posts

Friendship 4 Sekawan

Aku: Kau ingat lagi tak zaman sekolah menengah dulu? Waktu kita berempat – Aku, Farahin , Nur dan Fiqah – memang selalu lepak sama. Rasa macam semua benda kita buat sama-sama. Walaupun perangai masing-masing lain-lain, tapi entah macam mana boleh ngam pula. Nur: Haa mestilah ingat! Kau kan selalu semangat ajak kitaorang keluar, plan itu ini… kekadang aku ada ajak tapi last-last aku jugak yang tak dapat pergi. Strict betul parents aku dulu. Tension jugak kadang-kadang. Tapi okeylah parents aku tak bagi keluar maybe ada sebab. Dahlah aku yang plan, aku jugak yang kena cancel last minute. Aku: Haha, betul. Tapi kita semua faham je. Kau bukan tak nak ikut, tapi memang tak dapat green light. Tapi semangat kau tu yang buat kita excited kekadang. Aku ajak makan, jalan-jalan… semua aku nak buat AHAH.. Farahin: Sementara tu, aku pulak jenis duduk rumah je sama dengan Nur . Kau ajak keluar pun, aku asyik jawab, “Tengok dulu lah, aku tengah study ni, kalau parents aku bagi or ada moto aku gerak ,...

Anak Bongsu

Dalam setiap keluarga, ada watak-watak yang tidak tertulis tapi selalu dirasai. Anak sulung sering dilabelkan sebagai pemimpin, bertanggungjawab, dan contoh teladan. Anak tengah pula dikatakan tersepit, mencari perhatian dan keseimbangan. Tapi anak bongsu, dia selalunya dikenali sebagai si manja, si penghibur, atau si 'baby' keluarga. Tapi benarkah itu sahaja kisahnya?.. Saya anak bongsu. Dari kecil, saya dibesarkan dengan kasih sayang yang melimpah. Abang dan kakak sering mengalah. Baju-baju sekolah saya dan baju-baju t-shirt saya dulunya milik mereka. Mainan yang saya terima—kadang-kadang warisan, kadang-kadang baru, tapi semuanya penuh makna. Hidup sebagai anak bongsu kadang terasa mudah, tapi pada masa yang sama, penuh bayangan... Bayangan apa? Bayangan kejayaan adik-beradik terdahulu. Bayangan harapan ibu dan ayah yang mahukan saya 'menjadi' sesuatu. Bayangan bahawa saya harus 'membalas' segala kemudahan yang saya terima sejak kecil. Sebagai anak bongsu, sa...

Kehidupan 6 beradik

Rumah kami kelihatan seperti rumah biasa di taman perumahan yang dikelilingi kedai - kedai runcit — rumah sederhana, pokok-pokok bunga ayah yang rimbun, dan bunyi anjing jiran setiap pagi. Tapi kalau nak tahu kisah sebenar dalam rumah ini, barulah orang tahu betapa berwarnanya hidup kami sekeluarga. Along: Si Abang Dalam Bilik Along, abang kami yang sulung, adalah watak misteri rumah ini. Dia bukan tak ada di rumah — dia sentiasa ada, tapi dalam bilik. Tak pasti dia buat apa, tapi pintu bilik tu macam sempadan dunia. Sekali-sekala, baru dengar dia batuk atau bunyi game dari handphone. Makan pun, kadang turun sekejap, kadang mak terpaksa ketuk pintu atau panggil suruh makan. Tapi kalau lampu biliknya menyala sampai 3 pagi, itu biasa. Dia bekerja di kilang tetapi jika ada banyak masa kosong dia akan jalankan kerja part time (grab). Dia tak pernah kedekut rezekinya , selalu belanja makan untuk sekeluarga. Id: Abang Perantau di Selatan Id pula bekerja jauh di Johor Bahru. Jarang balik, tap...